Friday, 11 May 2012

Teladan Adab Dan Akhlak Rasulullah S.A.W.


Sejarah telah membuktikan bahawa pandangan Rasulullah s.a.w kepada semua manusia adalah sama, tidak ada perbezaan di antara satu sama lain bersesuaian dengan sifat kejadiannya. Oleh itu baginda sentiasa memulakan memberi salam dan menghulur tangan untuk berjabat tangan dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya, Rasulullah s.a.w juga sentiasa menghormati pendapat orang lain, malah sering kali meminta pendapat para sahabat tentang sesuatu masalah yang timbul. Apabila menghadiri sesuatu majlis, Baginda s.a.w sentiasa menatap wajah hadirin dengan mesra untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada mereka. Dengan demikian, majlis tersebut dapat berlangsung dengan penuh keharmonian, kesopanan dan amanah.

Read more >>

Keruntuhan Akhlak Zaman Sekarang


sekarang kita melihat semakin ramai anak muda kita yang berpelajaran tinggi mempunyai kesedaran dan penghayatan terhadap agama Islam. Mereka ingin mempraktikkan ugama Islam dalam semua aspek kehidupan mereka. Ini harus dibanggakan dan disemai agar lebih ramai remaja dan golongan muda menjadikan Islam teras kehidupan mereka.

            Akan tetapi masih ramai lagi di kalangan remaja kita yang terbawa-bawa dengan budaya yang bertentangan dengan nilai-nilai murni Islam. Sebagai contoh, kita sering mendengar terdapat sebilangan muda-mudi melahirkan anak luar nikah dan mencampakkan bayi di tempat pembuangan sampah, sementara sebahagian lagi menggugurkan kandungan mereka. Ini tidak termasuk muda-mudi yang ketagih arak dan alkohol.

            Semakin ramai remaja kita yang tanpa segan silu membuka aurat mereka. Malah ada yang lebih berani lagi. Mereka berdua-duaan dan berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.Ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Mengapakah mereka berkelakuan demikian?

-Pendedahan terhadap budaya-budaya asing. Kalau zaman datuk nenek kita, cuma ada radio, zaman ibu bapa kita pula ada televisyen. Sekarang ini kita menghadapi pula teknologi internet dan televisyen kabel yang mana segala bentuk informasi dapat diraih hanya dengan menekan butang sahaja. Memang tidak dinafikan bahawa internet dan televisyen kabel membawa kebaikan. Dengannya kita lebih tahu perkembangan dunia dan ilmu-ilmu sains terkini.

-Di internet pula, lelaman lucah dengan mudah diperolehi. Kalau inilah sajian yang tersaji kepada anak-anak Islam kita semasa mereka sedang membesar, maka tidak hairanlah akhirnya nilai-nilai Islam menjadi asing kepada mereka.

Kesimpulan

Sekiranya ibu-bapa tidak memberikan contoh yang baik, sekiranya ibu-bapa sendiri terpengaruh dengan unsur-unsur negatif Barat, maka tidak hairanlah jika anak-anak mereka juga berkelakukan sedemikian. Bak kata pepatah “bapak borek anak rintik.” Akan tetapi kalau ibu-bapa menunjukkan contoh yang baik terhadap anak-anak mereka, menjadikan keluarga mereka sebagai keluarga Islami, yang menerapkan nilai-nilai Islam dalam keluarga mereka, maka percayalah, anak-anak mereka juga akan menjadikan Islam sebagai panduan kehidupan mereka.

Read more >>

Akhlak Sebagai Asas Tamadun Islam




Tamadun islam merupakan satu peringkat perkembangan kehidupan manusia yang tinggi dan dibentuk serta dibangunkan diats asas-asasnnya yang utuh dan padu bagi menjamin kesejahteraan masyarakatnya. Asas-asas tersebut ialah Akidah,Syariah dan Akhlak.

            Akhlak menurut perspektif Islam ialah meletakkan keimanan seseorang kepada Allah dalam bentuk praktis. Ini beerti setiap perlakuan dan tindakan manusia mestilah berteraskan kepada keimanan serta akidah tauhid yang mutlak. Aspek keimanan tadi mesti dijelmakan dalam bentuk amalan soleh. Islam tidak mengukur kegemilangan sesuatu bangsa berdasarkan ketinggian pencapaian dalam aspek kebendaan semata-mata kerana ia merupakan matlamat kepada tamadunya. Apabila tamadun mengesampingkan soal-soal akhlak ia akan mengakibaatkan berlakunya kepincangan kepada tamadun tersebut.





Read more >>

Pembentukan Akhlak Yang Mulia.


Bersumber Al Qur'an dan Al Hadis. Pengamal yang pertama dan utama ialah Rasulullah s.a.w dan diikuti oleh generasi Al Qur'an iaitu para sahabat, alim ulamak dan mereka yang mengikut jejak langkahnya dari peringkat awal sehingga akhir zaman. Manusia adalah hamba Allah yag diciptakan dengan sebaik-baik bentuk. Ia juga merupakan makhluk sosial, yang tidak dapat melepaskan diri daripada berinteraksi di antara satu sama lain dalam kehidupan mereka, di mana akhlak merupakan salah satu alat/ cara untuk mengatur hubungan di antara mereka. Oleh kerana akhlak mempunyai sifat yang syamil dan skopnya sangat luas, bukan hanya untuk berinteraksi dengan Allah SWT dan RasulNya semata-mata, tetapi makhluk-makhluk Allah, dan alam sekeliling.

Dalam konteks pembinaan tamadun Islam, setiap individu sangat diutamakan mengiltizamkan diri terlebih dahulu dengan budi pekerti yang luhur, kemudian merealisasikan pula kepada orang lain supaya mampun membentuk generasi akan datang sebagai asas kekuatan ummah sejagat. Budi pekerti yang luhur adalah salah satu sifat yang dimiliki Rasulullah s.a.w dan etlah menjadi amalan harian baginya kerana akhlak itu termasuk setengah dari iman, sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda sebagai berikut:

Pengertiannya:
"Sesungguhnya Allah menghiasi Islam dengan budi pekerti yang mulia dan perbuatan yang terpuji. "

Untuk melengkapkan perjuangan seseorang individu dalam membentuk akhlak yang mulia demi keutuhan ketamadunan masyarakat sejagat, maka memerlukan beberapa pedoman, contoh teladan dan kriteria tertentu


Read more >>
Previous Home