Friday, 11 May 2012

Keruntuhan Akhlak Zaman Sekarang


sekarang kita melihat semakin ramai anak muda kita yang berpelajaran tinggi mempunyai kesedaran dan penghayatan terhadap agama Islam. Mereka ingin mempraktikkan ugama Islam dalam semua aspek kehidupan mereka. Ini harus dibanggakan dan disemai agar lebih ramai remaja dan golongan muda menjadikan Islam teras kehidupan mereka.

            Akan tetapi masih ramai lagi di kalangan remaja kita yang terbawa-bawa dengan budaya yang bertentangan dengan nilai-nilai murni Islam. Sebagai contoh, kita sering mendengar terdapat sebilangan muda-mudi melahirkan anak luar nikah dan mencampakkan bayi di tempat pembuangan sampah, sementara sebahagian lagi menggugurkan kandungan mereka. Ini tidak termasuk muda-mudi yang ketagih arak dan alkohol.

            Semakin ramai remaja kita yang tanpa segan silu membuka aurat mereka. Malah ada yang lebih berani lagi. Mereka berdua-duaan dan berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.Ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Mengapakah mereka berkelakuan demikian?

-Pendedahan terhadap budaya-budaya asing. Kalau zaman datuk nenek kita, cuma ada radio, zaman ibu bapa kita pula ada televisyen. Sekarang ini kita menghadapi pula teknologi internet dan televisyen kabel yang mana segala bentuk informasi dapat diraih hanya dengan menekan butang sahaja. Memang tidak dinafikan bahawa internet dan televisyen kabel membawa kebaikan. Dengannya kita lebih tahu perkembangan dunia dan ilmu-ilmu sains terkini.

-Di internet pula, lelaman lucah dengan mudah diperolehi. Kalau inilah sajian yang tersaji kepada anak-anak Islam kita semasa mereka sedang membesar, maka tidak hairanlah akhirnya nilai-nilai Islam menjadi asing kepada mereka.

Kesimpulan

Sekiranya ibu-bapa tidak memberikan contoh yang baik, sekiranya ibu-bapa sendiri terpengaruh dengan unsur-unsur negatif Barat, maka tidak hairanlah jika anak-anak mereka juga berkelakukan sedemikian. Bak kata pepatah “bapak borek anak rintik.” Akan tetapi kalau ibu-bapa menunjukkan contoh yang baik terhadap anak-anak mereka, menjadikan keluarga mereka sebagai keluarga Islami, yang menerapkan nilai-nilai Islam dalam keluarga mereka, maka percayalah, anak-anak mereka juga akan menjadikan Islam sebagai panduan kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment

Next Previous Home