Thursday, 15 March 2012

APA ITU TAMADUN?




Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam.

Asal-usul tamadun


Ibn Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar.
Beliau menggunakan perkataan 'umran sebagai merujuk kepada 'tamadun' yang kita fahami sekarang.
Di Eropah, perkataan civilisation hanya mula diungkapkan pada abad ke-18 dan mula digunakan pada kurun ke-19.

Ciri-ciri masyarakat bertamadun

  • Bentuk agama yang tinggi.
  • Negara yang tersusun rapi.
  • Sistem undang-undang
  • Kehidupan bandar.
  • Bahasa dan sistem tulisan yang maju.
  • Bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.

Menurut sarjana Barat - Darcy Roberio terdapat 11 ciri-ciri bagi sesebuah tamadun: - Penyebaran teknik pertanian - Penternakan dan pengkhususan fungsi kumpulan tertentu - Revolusi perbandaran - Kemunculan bandar dan negara - Stratifikasi masyarakat dalam kelas-kelas sosial - Pertanian - Perairan - Teknik, bilangan dan kalendar - Perkembangan kapal - Penciptaan mata wang.

Tamadun dunia





No comments:

Post a Comment

Next Home