Saturday, 21 April 2012

Perkembangan Tamadun Islam

Pada pandangan Barat seperti profesor M. A. J . Beg, bahawa tamadun merupakan satu pencapaian manusia dalam bentuk kotas , skrip , kesenian, seni bina, agama, undang-undang, dan juga politik ( Beg, 1985 (b ) : 20 ). Pandangan ini merupakan rumusan kepada kecemerlangan tamadun awal yang terdapat pada Tamadun India dan juga Tamadun China. 

Kedua-dua tamadun ini banyak dipengaruhi oleh pengaruh Hindu dan juga Buddha. Manakala dalam konteks separuh Islam, menurut Abu Bakar Hamzah, Tamadun bermaksud pembangunan yang bersepadu antara dua unsur iaitu ( rohani dan juga jasmani ) yang bergerak seiring dengan perkembangan kehidupan manusia keseluruhannya.




Walau bagaimanapun, kesan perubahan daripada iklim pentadbiran negara di kedua - dua tamadun menyebabkan tamadun India dan juga China mengalami runtuhnya ketamadunan Hindu dan Budhha yang unggul. 


Ini dapat dilihat melalui, kejayaan penaklukan orang Aryan di India talah menafikan hak penduduk asal dan susun lapis masyarakat. Mengikut kasta sosial iaitu Brahmin, kesatria, vaisya dan juga sudra. Kelas sosial ini disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan, ini adalah kerana golongan Brahmin yang menentukan kehidupan rakyat mengikut keturunan serta berlaku penindasan terhadap golongan sudra dimana ia dipertanggungjawabkan untuk berkhidmat kepada golongan 3 kasta. 


Malah golongan sudra turut tidak dibenarkan memiliki sebarang harta, hak agama dan juga sosial. Situasi demikian juga berlaku di negara China, di mana perkembangan Agama Budha yang luas diserata Asia Timur melalui wilayah, kesan perebutan kuasa menyebabkan pengaruh Budha mengalami kesederhanaan . 


Ekoran daripada kepincangan dalam kehidupan manusia semasa zaman kegelapan ketika keunggulan pengaruh Hindu dan juga Buddha menyebabkan keruntuhan Tamadun mereka secara berperingkat– peringkat. Kesan daripada senario tersebut menyebabkan kemunculan Tamadun Islam yang cemerlang lahir di India dan juga China dengan peyebaran melalui peperangan dan juga penaklukan . 


Sebelum kedatangan Islam, pada tahun 320 s .m. , kerajaan kecil diseluruh India iaitu di seluruh Utara yang telah disatukan dibawah penguasaan empayar oleh Dinasti Murya iaitu pengasasya iaitu Chandra gupta Maurya. Namun begitu, pada zaman Aoska, empayar India mengalami puncak kecemerlangan tetapi selepas kematian Asoka, empayar India kemerosotan. 


Selepas keruntuhan empayar Maurya India Utara diperintah oleh penduduk Yunani dari Bactria Menjelang abad pertama Masihi, orang Kushan menubuhkan empayar di Utara India dan mencapai keagungannya pemerintahan Kanishka. Zaman ini menyaksikan perkembangan agama Hindu yang bergiat dalam budaya dan sastera. 


Selepas empayar Kushan runtuh, India mengalami perpecahan sehingga tahun 320 masihi yang menyaksikan kemunculan Dinasti Gupta yang diasaskan oleh Chandra Gupta. Semasa pemerintahan Samudragupta, empayar ini meliputi seluruh India Utara dan juga India Selatan. Selain perluasan kuasa zaman Gupta, menyaksikan perkembangan pesat dalam bidang kesenian, kesuassteraan , sains , dan juga matematik. 


Namun begitu, Empayar Gupta mengalami keruntuhan ekoran serangan orang- orang nomad yang dikenali sebagai Hun dari Asia Tengah pada pertengahan abad ke 5 masihi. Selepas empayar Gupta berpecah belah, muncul pula beberapa kerajaan baru. 


Pada tahun 606 masihi, Harsha pula mengalami keruntuhan selepas kemangkatannya pada tahun 647 masihi. Ekoran daripada kejatuhan beberapa beberapa empayar di India menyebabkan kezaliman dan kekejaman berlaku kesan daripada poeperangan dan penaklukan wilayah wilayah kecil. Keadaan ini meyebabkan kedatangan Islam di India tersebar dengan meluas walaupun pada awalnya mendapat tentangan hebat. 


Menjelang abad ke 10 dan juga abad ke 11 masihi, penakluk  penakluk Islam Turki menyerang India Utara dan pada abad ke 12 m, mereka mengukuhkan kedudukan di India. Tetapi menurut sejarawan India L. Mukherjeee dan juga V. D. Mahajan, islam mula sampai di benua kecil India seawal kurun pertama Hijrah oleh tentera islam di kawaasan pantai Sind di Hilir Indus sejak zaman Khalifah Umar bin Alkhattab, tetapi tidak kekal. 


Namun begitu, pada tahun 644 masihi, iaitu zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, sekali lagi tentera islam menyerang wilayah Sind melalui jalan darat. Serangan itu dipimpin oleh Abdullah bin Amir dan berjaya menawan Sistan dan juga Makran. 


Selepas pemerintahan Al  Mukhtasim 833 842 Masihi, kerajaan Abbasiyah mula lemah, oleh itu munculnya kerajaan Ghaznawi yang diasaskan olh Sabuktigin. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Ghaznawi pada tahun 997  1030 masihi, beliau masuk ke India dengan menyerang bandar–bandar di sempadan di sekitar Genting Khaibar. 


Walaupun kerajaan Ghaznawi berjaya menawan dan mengislamkan raja dibeberapa wilayah tetapi selepas kemangkatan Sultan Mahmud ( 1030 ), kerajaan ini mulai lemah. Hai ini adalah kerana pemerintah yang mengikutnya kurang berkaliber. Di samping perebutan kuasa, sering berlaku dalam istana . Tekanan tekanan daripada luar terutama daripada orang-orang Selsuq telah melemahkan kerajaan Ghaznawi. 


Kesan daripada keruntuhan Kerajaan Ghaznawi , muncul pula kerajaan Ghori yang akan menakluk India dan diasaskan oleh Muhammad Ghori. Pada tahun 1175 m, baginda menyerang India dan menawan Multan daripada golongan Qaramitah. Matlamat baginda adalah untuk menyatukan seluruh wilayah islam yang terdapat di India. 


Kemudian baginda ke Anhilwara dan menawan kota itu pada 1178 masihi sehinggalah pada tahun 1182 masihi. Beliau berjaya menguasai seluruh wilayah Sind atau India. Namun begitu, kecemerlangan kerajaan Dinasti Ghori tidak kekal dan mengalami keruntuhan yang disebabkan oleh perebutan kuasa di wilayah-wilayah. 


Walau bagaimanapun, pada tahun 1026 masihi, Kesultanan Delhi diasaskan dan terdapat lima dinasti serta 34 orang sultan. Kesultanan ini bermula daripada Qutbudin Aibak sehingga terbentuknya kerajaan Monggol oel Baber @ Babur pada tahun 1526 masihi. Kesultanan Delhi ini meliputi sebahagian besar daripad India Utara dan ia berjaya mewujudkan penyatuan politik pada zaman keagunganya ( 1206 – 1388 ). 


Di sini juga dapat diperihalkan mengenai pencapaian Tamadun Kesultanan Delhi. Walaupun pemerintahan Kesultanan Delhi ini dipenuhi dengan peperangan dan juga pemberontakan, akan tetapi ia juga telah menampakkan kejayaan yang jelas melalui bidang tamadun dan juga budaya. Melalui bidang budaya ini dapat dinyatakan sseperti Seni Bina, Kesusasteraan, Pendidikan, dan juga faktor ekonomi. 


Melalui Seni Bina kita dapat lihat terdapatnya kubah dan juga menara ciptaan oleh orang islam yang dibawa masuk ke India. Di antara beberapa contoh Seni Bina yang cantik di India pada masa ini ialah seperti seni bina Mesopotamia Parsi ( Islam ) dan lain-lain lagi. 


Melalui aspek Kesusasteraan juga boleh membawa kepada pencapaian tamadun Kesultanan Delhi. Pada masa ini. Kesultanan Delhi amat berminat pada seni dan juga sastera. Diantara ahli Sastera yang terkenal pada masa ini ialah Amir Khusrau di zaman pemerintahan Ghiyasudin Balban. Selain daripada itu juga, terdapat lagi sejarawan yang terkenal seperti Ziauddin Barani yang merupakan pengarang Tarikh Firuz Syahi yang mengisahkan pemerintahan Dinasti Khilji dan juga Tughluq terutama dalam zaman Firuz Syah Tughluq ( 1351-1388 ). 


Ditinjau dari aspek pendidikan pula, banyak madrasah telah ditubuhkan dan juga zawiyah telah dibina oleh pihak pemerintah dan juga individu. Alaudin khilji adalah antara tokoh yang terkemuka dalam pembinaan intitusi pendidikan di sini. Baginda membina banyak pusat pendidikan seperti maktab (kuttub) dan madrasah sebagai tempat belajar bagi anak-anak islam. Di samping itu masjid juga dibina bukan sahaja semata-mata untuk tempat beribadat tetapi juga sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan. Di samping itu memberikan pendidikan agama, intitusi pendidikan ini juga telah memeberikan pelajaran-pelajaran lain seperti perubatan, astronomi, matematik dan sebagainya. 


Melihat tamaddun di India, aspek ekonomi juga memainkan peranan yang amat penting, ia mesti juga ditinjau bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang India. Sewaktu ini ekonomi India melambung naik. Di mana pertanian yang meupakan perusahaan utama India, terdapat juga perdagangan dalam negeri dan luar negeri yang aktif. Wilayah Sind dan Punjab merupakan wilayah-wilayah pertanian yang utama yang bukan sahaja menghasilkan tanaman makanan seperti gandum dan sekoi, tetapi juga menghasilkan tanaman wang seperti tebu dan kapas. 


Kapas dan barangan kapas yang merupakan hasil eksport utama India masa itu banyak dikeluarkan dari ladang-ladang kapas di Dekan. 


Selain daripada mengeluarkan barangan-barangan kapas, India juga pada masa itu terkenal sebagai pengeksport kain sutera, gading gajah, wangi-wangian, lada hitam dan rempah ratus. 


Pedagang-pedagang asing yang banyak berdagang di India sewaktu itu sebahagian besarnya terdiri daripada orang Arab, Parsi dan China. 


SEBAB KERUNTUHAN KESULTANAN DELHI. 


Runtuhnya kerajaan delhi adalah kesan daripada kelemahan sistem pentadbirannya dan juga tekanan dari luar. Takhta yang diperolehi melalui mata pedang memerlukan seorang pemimpin yang cukup gagah dan berkaliber untuk mengekalkannya. Seandainya terdapat dalam barisan para pemimpin itu yang lemah maka takhta akan terlepas ke tangan orang atau golongan lain. Kesultanan Delhi tidak mempamerkan sultan sultan yang benar-benar berwibawa kecuali beberapa orang seperti Qutbudin, Altamish, Balban dan Alaudin. Sebahagian besar dari sultan-sultan adalah seorang pemabuk, kaki joli dan kaki perempuan . Tidak kurang juga ada kalangan pemerintah yang baik tetapi mereka kurang cekap pula dalam pemerintahannya. 


Tindakan sesetengah pemerintah Delhi yang banyak memburukkan keadaan. Aktiviti seperti yang dilakukan oleh Muhammad Thuglug telah mempercepatkan kejatuhan kerajaannya. Tindakan Firuz Syah walaupaun dapat mangawal keadaan akan tetapi tidak ada usaha untuk mendapatkan kembali wilayah-wilayah yang telah membebaskan diri . 


Perkaran ini menggalakkkan lagi wilayah-wilayah memerdekakan diri terutamanya selepas kemangkatannya. 


Serangan-serangan luar memburukkan lagi keadaan yang telah sedia wujud. Serangan-serangan monggol terutamanya, telah melemahkan kedudukan tentera empayar itu walaupun mereka (orang-orang monggol ) sering dikalahkan. Serangan Timur (timurlane) umpamanya telah memberikan pukulan yang teruk ke atas Kesultanan Delhi. Keadaan anarki dan huru hara yang mengikuti kemusnahan yang dilakukan oleh timur telah memhancurkan empayar itu . Lebih banyak wilayah telah memerdekakan diri dari Delhi . Di bawah dinasti nya yang terakhir, Kesultanan ini cuba bangun kembali, akan tetapi oleh kerana kesilapan pemerintahnya Ibrahim Lodi, Segala usaha itu musnah. Saudara maranya sendiri menentangnya. 


Disamping itu kegopohan bangsawan-bangsawan Delhi menjemput orang Monggol memnbantu mereka menyebabkan kehancuran mereka sendiri. Baber dan tentera Monggolnya di India telah menghancurkan saki-baki pemerintahan kesultanan itu dan kemudiannya menubuhkan sebuah kerajaan baru yang dikenali sebagai Kerajaan Monggol. 


KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN KERAJAAN MONGHUL. 


Sistem pemerintahannya adalah sama dengan pemerintahan Abbasiyah di bangdad, iaitu sistem hierarki. Dalam bidang pendidikan, kerajaan merupakan penaung institusi-institusi pengajian tinggi. Ulama diberi gaji dan sekolah diberi bantuan. 


Di samping meneruskan pengajian di intitusi pendidikan yang dibina oleh pemerintah-pemerintah Kesultanan Delhi, pemerintah-pemerintah Monghol juga telah membina maktab dan madrasah mereka sendiri. 


Bidang ilmu seperti ilmu kesusasteraan, seni bina, matematik dan astronomi. Karya sastera terutamanya puisi dalam bahasa Parsi dan Urdu banyak diterbitkan. Selain itu ilmu sejarah juga telah dititikberatkan. Masjid bukan sahaja berfungsi sebagai tempat beribadat tetapi juga sebagai tempat menimba ilmu pengatahuan. Syah Jehan dan Aurengzeb memainkan peranan yang penting dalam hal ini. 


Sewaktu perintahan Monggol pendidikan telah dibuka kepada bukan islam. Astronomi merupakan bidang yang amat diminati pada zaman ini. Pada zaman Aurengzeb, Delhi dikatakan telah dikerumuni oleh ahli-ahli kaji bintang baik Islam mahupun Hindu ( S.M.Edwareds, & H.L.O Garrett, 1930:225). 


Bidang seni juga berkembang pesat pada zaman ini. Ia merupakan jalinan seni bina Mesopotamia / Parsi dan India. Hasilnya jelas kelihatan pada taman hiburan, istana-istana dan masjid-masjid yang bertaburan di seluruh India. Orang monggol terkenal dengan binaan kubah yang terdapat pada bangunan istana, masjid dan lain-lain. Manakala pada waktu Jahangir Mahal di Agra menampakkan penggabungan kedua-dua seni bina Hindu dengan seni bina orang-orang Islam. 


Ditinjau dari segi bidang kehakiman, pemerintah-pemerintih Monggol mempunyai taraf keadilah yang tinggi. Dalam hal-hal sekular, undang-undang yang digunakan biasanya sama sahaja antara orang Islam dengan bukan Islam .Para kadi dan mufti dilantik bagi menjalankan pengadilan bagi orang-orang Hindu dan Islam. Mereka juga diawasi oleh seorang Hakim Besar. 


Bidang ekonomi juga jelas menampakan peningkatan pada zaman pemerintahan kerajaan ini. Bandar Lahore, Delhio, Agra dan Allahabad telah muncul sebagai bandar perdagangan yang penting. Perusahaan kapas, sutera, gading, tembaga dan wangi-wangian turut didagangkan. 


Sebahagian besar darinya adalah diusahakan oleh orang-orang Islam. Negara yang terlibat dalam perdagangan dengan kerajaan Monggol seperti China, Negara-negara Asia Tenggara, Tanah Arab, Parsi, Partogal dan England serta Belanda.

No comments:

Post a Comment

Next Previous Home